Luar Negara

Lelaki curi 2,500 pakaian dalam wanita

DALAM kekalutan negara berhadapan dengan pandemik Koronavirus (Covid-19), seorang lelaki ditahan menyimpan pakaian dalam wanita.

Kejadian tersebut berlaku di Tampines, Singapura apabila seorang penduduk membuat aduan selepas pakaian dalam miliknya hilang.

Susulan aduan yang dibuat pada 15 Mac itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun.

[BACA] Thailand laksana perintah berkurung mulai esok — Suara Merdeka

Penahanan berjaya dibuat apabila pihak polis melihat semula rakaman kamera polis yang terdapat di sekitar kawasan Tampines Avenue 9.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam kes serupa di Tampines,” lapor portal Channel News Asia.


Susulan itu, lebih 2,500 pakaian dalam wanita yang dicurinya dirampas.

[BACA] Bawa bil beralamat kediaman ketika keluar rumah atau ditangkap

Menurut laporan itu lagi, lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini. Sekiranya didapati bersalah, dia berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Singapura melaporkan 49 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan keseluruhan jumlah seramai 1,049 orang.

Kes baharu itu turut mewujudkan tiga kluster baharu iaitu Mustafa Centre, tapak pembinaan di stesen MRT Maxwell dan Keppel Shipyard.

MUSTAFA CENTRE sebuah pusat beli belah yang menjadi kluster baharu jangkitan Covid-19 di Singapura.
MUSTAFA CENTRE terletak di Jalan Syed Alwi, Singapura. – Gambar CHANNEL NEWS ASIA

41 daripada kes tersebut merupakan rakyat tempatan yang dilaporkan pernah berkunjung ke negara-negara terjejas.

Sementara lapan lagi warga asing yang pernah berkunjung ke negara-negara Eropah, Amerika Utara dan Asia. – Agensi

(Visited 316 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button