Nasional

Lebih sejuta rakyat Sarawak dan KL telah disuntik dos pertama

SARAWAK dan Kuala Lumpur kini mencatatkan lebih sejuta penduduk telah divaksin dengan dos kedua. di wilayah masing-masing.

Bumi Kenyalang mendahului dengan 1,070,727 atau 30% penduduk telah menerima dos pertama dan 250,011 atau 8.0% populasi menerima dos kedua.

Ibu Negara pula mencatatkan 1,022,085 atau 57.6% populasi telah disuntik dengan dos pertama dan 198,665 atau 4.6% penduduk telah disuntik dengan dos kedua.

Sehingga semalam 8,083,685 dos vaksin telah diberikan. Jumlah itu merangkumi 5,774,667 atau 17.7% rakyat Malaysia telah disuntik dengan dos pertama dan 2,309,018 atau 7.1% populasi disuntik dengan dos kedua.


Sehingga pukul 11.59 malam tadi sejumlah 258,773 lagi vaksin diberikan melibatkan 163,756 dos pertama dan 95,017 lagi dos kedua.

Kadar suntikan vaksin di Selangor terus meningkat dengan 954,199 orang (14.6% populasi) diberikan dos pertama dan 303,050 (4.6%) dos kedua.

Johor berada di tempat keempat tertinggi iaitu 450,271 (11.9%) diberikan dos pertama dan 244,400 (6.5%) dos kedua.-SM

 

 

 

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button