Nasional

AADK ada tiga tahun tampil program lebih efektif tangani penagihan dadah

TAHAP penagihan dadah di negara ini membimbangkan apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat negara ini terjerumus ke dalam najis dadah. Lebih menyedihkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 328,640 daripada jumlah itu adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

“Daripada jumlah itu juga,1,051,712 adalah penagih lelaki manakala 45,696 lagi penagih wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), hari ini.

Beliau berkata, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 menunjukkan setiap 100 orang belia di negara ini, enam daripadanya mengaku pernah mengambil dadah manakala empat lagi mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

GAMBAR CARIAN GOOGLE-KOSMO DIGITAL-GAMBAR HIASAN

“Justeru,saya memberi tempoh selama tiga bulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mengusahakan koordinasi di antara beberapa agensi yang berkaitan untuk merangka, menyusun inisiatif atau program yang efektif dan bermanfaat.

“Langkah ini bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada,” katanya. – SM

BACA Kementerian Dalam Negeri teliti rang undang-undang baharu hantar pesalah dadah ke institut pemulihan

BACA “Saya perlu maklumkan jadual kerja kepada AADK,” – Mamat Exist

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button