Hiburan

“Saya perlu maklumkan jadual kerja kepada AADK,” – Mamat Exist

Mamat Exist atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 43, kini boleh berbangga kerana berjaya memulihkan diri daripada masalah ketagihan dadah yang pernah dialami sebelum ini.

Meskipun masih dalam pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Mamat berpendapat kehidupannya kini bukan sahaja tenang malah lebih teratur.

“Saya tidak lakukan lagi perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan kini memang masih lagi menungu keputusan dari pihak AADK.

“Jika saya terlibat dalam sebarang urusan kerja seperti konsert sekali pun, saya akan memberikan jadual kepada AADK, jika saya tidak berkongsi jadual kerja mereka juga akan tahu, tidak menjadi masalah, lagipun bukan orang tidak mengenali saya,” kongsi Mamat.

Mamat berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media konsert Resolusi Exist yang akan berlangsung pada 18 September depan di Zepp Kuala Lumpur.


Tambah Mamat lagi, disebabkan ramai orang mengenali dirinya maka Mamat sudah tidak boleh lagi berpatah balik kepada sikap zaman lampau.

“Mereka akan WhatsApp dan mesej dan saya akan pergi (ke program yang diadakan). Mereka tak melarang apa-apa. Insya-Allah Alhamdulillah.

“Sebab kita pun tiada buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh. Apapun tunggu mereka akan nilai baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya,” kata Mamat.

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button