Nasional

Ingatkan wang terpijak, rupanya umpan ah long

Kalau kita lihat dua gambar di atas, mungkin ada yang beranggapan perkara itu sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Kita berjalan dan ternampak wang RM100 yang dilipat. Bila kita buka, baru tahu yang sebenarnya wang itu adalah iklan daripada peminjam wang tidak berlesen.

Tetapi bagi mereka yang terdesak daripada segi kewangan, dua gambar itu ibarat satu peluang untuk melepaskan diri daripada pelbagai belenggu.

Belenggu hutang bertimbun, belenggu daripada kesusahan hidup atau belenggu untuk nampak mewah.

BACA> Dokumentari Al Jazeera ada unsur-unsur hasutan

Jerat sebegini yang digunakan sindiket peminjam wang haram, ah long untuk mengumpan mangsa yang mencari jalan keluar mudah.

Sebenarnya, taktik iklan menggunakan sampel duit RM100 yang dicampakkan di tepi jalan ini bukanlah baharu.

Malah, pihak Polis Diraja Malaysia telah mendedahkan taktik tersebut sejak akhir tahun 2016 lagi dan ramai sebenarnya yang terpedaya.

ah long
Statistik yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, pada tahun 2016, sebanyak 1,414 orang telah meminjam wang dengan ah long berbanding 951 kes pada 2015.

Satu daripada punca kenaikan jumlah peminjam itu adalah kerana taktik yang digunakan ah long untuk memperdaya mangsa seperti menggunakan iklan sampel wang RM100.

Meminjam wang dengan ah long ini bukan sahaja boleh menjerat kita untuk menanggung hutang yang tak berkesudahan.

BACA> Polis jamin keselamatan Rayhan Kabir

Tetapi juga boleh membawa mangsa bersubahat dengan menjadi keldai akaun untuk aktiviti jenayah penipuan menerusi talian telefon seperti Macau Scam dan sebagainya.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada tahun ini sudah beberapa kali menahan individu yang menjadi keldai akaun.

Ada yang menjadi mangsa sindiket ah long yang meminta nombor akaun mereka selepas gagal membayar hutang.

Ada yang juga dengan sengaja menjual nombor akaun mereka untuk mendapatkan wang segera.

Segala kemungkinan ini boleh terjadi hanya kerana gambar yang kita anggap sebagai jenaka, tetapi sebenarnya bala buat mereka terpedaya. -SM

 

(Visited 898 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button