Nasional

18 pelajar tahfiz terselamat dalam kebakaran

ALOR SETAR – Seramai 18 orang pelajar tahfiz terselamat apabila bilik tidur di bangunan asrama Ma’ahad Tahfiz Imam Al Jahzari di Jalan Bunga Raya 6, dekat Tongkang Yard, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Difahamkan kesemua pelajar lelaki yang tinggal di asrama pusat tahfiz tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar sewaktu api sedang marak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.59 malam berhubung kejadian.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja yang diketuai oleh Pegawai Bomba Mohd. Zabidi Abu Hassan bersama sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

“Operasi turut dibantu sepasukan anggota BBP Alor Setar bersama tiga jentera termasuk sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS),” katanya sambil menambah, kebakaran dapat dikawal pada pukul 9.12 malam.

Beliau berkata, kemusnahan membabitkan sebahagian daripada bangunan asrama tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button