NasionalNegeri

Panggilan ibu, graduan Palestin bersemangat terima ijazah dari UniMAP

SETIAP anak mengimpikan ibu akan berada di dalam dewan bagi menyaksikan kemuncak kejayaan apabila menerima skrol di atas pentas pada hari konvokesyen.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan serahan Surat Tawaran sambung pengajian Sarjana di UniMAP oleh Zaliman kepada Mohanad pada majlis khas selepas Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, baru-baru ini.

Berbeza dengan pelajar kelahiran Palestin, pada detik bersejarah ini dia amat bersyukur sekalipun hanya mendengar ucapan tahniah dari ibunya menerusi panggilan telefon sejam sebelum berbaris menerima skrol di pentas.

Tambahan pula sejak menuntut ilmu selama empat tahun di Malaysia, Mohanad B.A Qubtan, 23, tidak pernah pulang ke Palestin kerana kekangan kewangan.

Panggilan ini juga sekaligus menamatkan kegusaran hatinya apabila mengetahui kesemua keluarganya dalam keadaan selamat.

Mohanad cekal melangkah bagi menerima Ijazah Kejuruteraan Mekatronik yang dikurniakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Beliau antara graduan yang menerima skrol pada Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAPdi Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, baru-baru ini.

Sebaik tamat sidang pada satu majlis ringkas, Mohanad menerima Surat Tawaran bagi menyambung pengajian peringkat Sarjana di UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan Sesi Penyerahan tersebut daripada Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli kepada Mohanad.

Zaliman dalam sembah maklum kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra berkata, UniMAP juga akan membiayai yuran pengajian dan elaun bulanan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diumumkan baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan Zaliman menunjukkan Surat Tawaran sambung pengajian Sarjana di UniMAP kepada Mohanad pada majlis khas selepas Sidang Ke-3 Istiadat Konvokesyen UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Arau, baru-baru ini.

“Pendidikan adalah kaedah terbaik bagi mengatasi segala permasalahan dan bersamalah kita berdoa semoga Palestin kembali aman,” kata Zaliman.

Sementara itu Mohanad amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Unimap kerana sanggup menjaga kebajikan pelajar Pa­lestin di negara ini. – SM

Artikel berkaitan > Pameran ‘Inspirasi Serikandi’ dilancarkan di Galeri UniMAP

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button