Nasionalpilihan

Asalnya mahu tamatkan Astro, sekali terbeli aplikasi malware dan habis duit dalam bank dicuri!

Bismillahirrahmannirahim

Assalammualaikum kawan2 fb sekalian

Lama rasanya tak post dekat sini

Harini rasa terpanggil utk berkongsi ape yang terjadi pada saya & suami Muhammad Sidek

Kejadian bermula pada 10/8/22 apabila saya cuba mencari iptv apps


Konon2 nk terminate astro sbb dah tak tgk sgt astro skrg

Saya cuba cari apps tu dekat fb jumpa satu profile premium tv 5g ( skrg fb profile tu dah tak ada, maybe dah ada org report)

Saya mulakan chat utk cuba apps tu

Lepas chat dgn seller, seller send apps dekat whatssapp utk di download & sign up menggunakan apps tersebut

Sbb saya menggunakan iphone..apps tersebut tak dpt buka guna iphone

Seller minta buka apps guna android phone

Kerana “kebijaksanaan” saya..saya send apps tersebut ke phone suami saya

Lepas sign up kami start try buat payment menggunakan password m2u

Pada mula nya saya menggunakan username & m2u saya..2x cubaan tak berjaya

Kami cuba guna account suami pulak, juga tak berjaya..jadi kami biarkan saja

Saya sedar duit dlm account hilang apabila saya cuba buat 1 transaction pada malam 11/8/22 10 malam

Saya terkejut ade transaksi 2x transfer ke account suami saya sebanyak 5k

Saya terus call suami saya utk check

Tanpa fikir panjang saya call maybank terus utk pengesahan

Mcm mana boleh ada transaction sedangkan saya tak terima apa2 tac number?

Pegawai bertugas bertanya pada saya kalau saya ada download apa2 apps recently?

Bingo!

Mmg kena scam!

Apps tu malware!

Bila kami cuba buat payment dia dpt detect username & password m2u kami

Mmg 10k masuk ke account suami saya

Tapi duit telah dikeluarkan ke account shopee

Jadi kami tak dapat trace pergerakan duit tu

Duit dlm account suami saya juga lesap

Alhamdullilah saya sedar awal

Silap saya

Saya letak limit per day 10k

Kalau saya lambat mungkin lepas pukul 12am lesap lagi 10k

Hati2 kawan2 semua

Jgn mudah download ape2 apps yg mencurigakan

Kalau boleh letak limit per day sikit2 je

Naikkan limit tu bila perlu shj

Rupanya bila suami google scammer melibatkan tv apps ni bukan benda baru

Kami yang tak sedar

Sedih memang sedih

Tapi takde yg kekal dekat dunia ni

Semua milik Allah

Ya Allah ampunilah dosa2 kami jika ini kifarah dari Mu

Berikan kami kekuatan & tenangkan hati kami atas ujian Mu ni Ya Allah

Jika ini cara kau bersihkan harta kami, kami redha

Semoga engkau gantikan dengan lebih baik Ya Allah

Innalillahiwainnailaihirajiun

(Visited 155 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button