NasionalNegeri

Raja Muda serah bendera  simbolik pasukan besbol negara kembali ke pentas antarabangsa

RAJA  Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis penyerahan simbolik bendera kontinjen Pasukan Besbol Lelaki negara yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Besbol Piala KONI 2022 di Jakarta, Indonesia dari 25 hingga 29 Ogos ini.

Raja Muda Perlis selaku Penaung DiRaja Persatuan Besbol Malaysia menyaksikan bendera tersebut diserahkan oleh Naib Presiden Persatuan Besbol Malaysia, Dali Abdul Latiff Aw kepada Setiausaha Persatuan Besbol Perlis, Syed Akhmal Syed Jamalil di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam, Pauh Putra semalam.

Menurut Dali, pada kejohanan kali ini pasukan negara dijadualkan akan bertemu dengan pasukan besbol kebangsaan Singapura dan juga Indonesia.

Katanya, ini bermakna pasukan besbol lelaki negara bakal mengutip mata ‘ranking’ dunia buat pertama kali pada tahun ini.

Beliau berkata, semoga pasukan ini dapat memberi prestasi yang cemerlang setelah 12 tahun

tidak beraksi di pentas antarabangsa.

Dali yakin dengan latihan giat oleh pasukan ini dijangka akan mampu mengangkat semula martabat sukan besbol negara ini di arena antabangsa. – SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button