fbpx
Bola SepakSukan

La Liga akan disambung semula bulan depan

LA Liga, iaitu liga bola sepak Sepanyol akan disambung semula bulan depan dan bakal menyaksikan bintang-bintang seperti Lionel Messi akan kembali beraksi.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan pada Sabtu bahawa pada minggu kedua Jun, kelab-kelab di negara itu diberikan lampu hijau untuk membuka gelanggang.

“Perlawanan sukan utama terutama La Liga akan dibenarkan dari minggu bermula 8 Jun,” kata Sanchez dalam ucapannya di televisyen.

Perlawanan La Liga digantung pada 12 Mac selepas Real Madrid dikuarantin ekoran pemain bola keranjang kelab itu diuji positif Covid-19.

Barcelona pasukan yang diwakili Messi kini ketinggalan dua mata di belakang Real Madrid dengan masih berbaki 11 perlawanan.
Kebenaran untuk beraksi semula itu dialu-alukan oleh Presiden La Liga, Javier Tebas, yang sebelum ini mengatakan kemungkinan mereka hanya akan kembali beraksi pada Jun 12.
“Kami gembira dengan keputusan ini, ia hasil kerja keras kelab, pemain dan pembantu teknik, majlis sukan kebangsaan dan ejen yang terlibat.
“Tetapi kita tidak boleh leka, adalah penting untuk mematuhi peraturan kesihatan dan pastikan wabak ini tidak kembali,” kata di twitter seperti yang dipetik dari CNN.
Dengan masa yang terhad, dan pasukan teratas juga perlu beraksi pada kejohanan Eropah, ini bermakna setiap pasukan akan beraksi dua kali dalam seminggu.
Semua perlawanan akan diadakan secara tertutup tanpa penyokong.
Pemain pula perlu menjalani ujian Covid-19 sehari sebelum perlawanan dan suhu badan akan diambil sebelum mereka dibenarkan memasuki stadium.
Awal minggu ini, semua pasukan La Liga dibenarkan menjalani latihan dengan kumpulan pemain dipecahkan kepada 10 orang satu kumpulan.
Mereka sudahpun memulakan latihan secara individu sejak 4 Mei.
Bundesliga Jerman, merupakan liga bola sepak Eropah pertama yang beraksi selepas ancaman Covid-19.
Liga Perdana Inggeris dam Siri A Itali dijangka akan menyusul selepas ini.
Semua kelab dalam liga terkemuka Eropah berhadapan dengan tekanan kewanan untuk kembali mengharungi cabaran, dengan Tebas berkata, jika liga sepanyol dibatalkan akan menyebabkan kelab hilang pendatan sekitar satu bilion dolar.
LIga divisyen kedua Sepanyol, Segunda juga dibenarkan untuk menyambung semula perlawanan.
Lima pemain dalam liga itu diuji positid Covid-19 awal bulan ini. – CNN


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button