Nasional

KPM perkenalkan Sistem Rekod Data Murid bantu guru kenalpasti murid bermasalah membaca

PENGHUJUNG tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Sistem Rekod Data Murid hujung tahun ini.

Objektifnya untuk meringankan beban guru yang perlu memasukkan data yang sama berulang kali dalam sistem berlainan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, melalui sistem itu nanti, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) boleh terus mengakses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tanpa perlu meminta data daripada guru-guru.

“Pihak kami telahpun memanggil kelompok guru bersama Bahagian Maklumat dan meminta mereka menyenaraikan tugasan-tugasan yang dilakukan di sekolah.

“Melalui pendekatan ini, kita dapati terdapat sesetengah arahan bukan datang dari kementerian tetapi ia adalah arahan dari sekolah dan juga PPD,” katanya.


Sistem rekod data itu adalah satu platform di mana ia boleh mengurangkan kerja guru dan membantu guru menumpukan tugasan kepada mengajar dan membina murid di sekolah.

Pelaksanaan sistem itu nanti dapat meningkatkan kecekapan tugasan guru dan sistem pendidikan.

KPM juga telah melancarkan applikasi “Reading Process” untuk membolehkan murid rekod pembacaan teks yang diberi oleh guru dan memperbetulkan cara bacaan dengan lebih tepat.
“Sistem ini masih dalam fasa percubaan dan ia telah diberi kepada 1,000 guru di Malaysia.

“Sistem ini bertujuan membantu murid-murid membetulkan bacaan dan dalam masa yang sama, guru-guru juga boleh mengetahui murid manakah yang bermasalah dalam bacaannya,” katanya. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button