Nasional

KPDNHEP beri pencerahan, harap netizen tidak keliru lagi

PROSEDUR operasi standard (SOP) am Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SOP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk Sektor Perdagangan dan Pengedaran beserta soalan lazimnya telah menerangkan dengan jelas kategori perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lockdown bermula dari 1 Jun lalu sehingga 14 Jun nanti.

Kategori perniagaan seperti yang telah diedarkan dalam kenyataan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 31 Mei 2021 seperti yang terkandung dalam SOP Sektor Perdagangan dan Pengedaran adalah jelas.

Bagaimanapun, netizen hari ini dikatakan masih mahukan pencerahan agar tidak timbul kekeliruan ataupun melanggar SOP perniagaan.

Justeru buat kesekian laginya, KPDNHEP melalui satu kenyataannya petang ini, menyatakan seperti berikut: ·Pasaraya/pasaraya besar terhad kepada seksyen makanan dan minuman/keperluan asas
· Departmental Store terhad kepada seksyen makanan dan minuman / keperluan asas
· Kedai farmasi/penjagaan diri
· Kedai Serbaneka/ mini market
· Kedai Runcit
· Restoran dan Kedai Makan
· Dobi (termasuk layan diri)
· Stesen Minyak
· Kedai Penjagaan dan Makanan Haiwan
· Kedai Cermin Mata dan Barang Optik
· Kedai Hardware
· Bengkel Kenderaan, Penyelenggaraan dan Alat Ganti
· E-dagang (bagi semua kategori produk)
· Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja premis perniagaan yang dikategorikan seperti di atas adalah dibenarkan beroperasi dengan terlebih dahulu memohon surat kebenaran beroperasi melalui system CIMS-MITI.

“Setiap premis perniagaan perlu pastikan mereka tergolong dalam kategori mana dan patuh kepada sekatan bagi kategori tersebut seperti dinyatakan dalam SOP.

“Penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang dibenarkan bagi setiap kategori dalam SOP,” katanya. – SM

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button