Nasional

Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo Sarawak hampir siap

Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak kini siap 86 peratus, menurut Menteri Kerja Raya Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata beberapa bahagian lagi lebuh raya itu dijangka dibuka tahun ini dan tiga lagi bahagian di Sarikei, Bukit Begunan dan Lambir dijangka siap tahun depan.

“Tiga bahagian itu berdepan pelbagai cabaran termasuk tapak yang perlu diteliti semula.

“Malah ada yang memerlukan pemprosesan semula reka bentuk berikutan keadaan muka bumi yang tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sarawak Media Engagement di sini malam tadi.

Lebuhraya Pan Borneo fasa satu bernilai RM16.117 bilion melibatkan pembinaan jalan sepanjang 786km dari Telok Melano ke Miri.


Sementara itu, Fadillah berkata Kementerian Kewangan juga kini sedang memuktamadkan aspek perolehan bagi Projek Fasa 2 Jalan Hubungan Sarawak-Sabah (SSLR) dan Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) dan peruntukan siling sebanyak RM12 bilion telah ditetapkan untuk kedua-dua projek itu.

“Kami juga berharap dapat memuktamadkan pemberian kontrak kepada kontraktor pada tahun ini dan awal tahun depan projek ini akan dapat dimulakan,” katanya.

Pada 7 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan persekutuan telah meluluskan Projek SSLR Fasa 2 dan Projek LTB, dan pembinaan akan dimulakan seawal tahun depan.

Ismail Sabri berkata penyelidikan teknikal bagi projek SSLR dan LTB Fasa 2 menghubungkan Miri, Limbang dan Lawas kini di peringkat akhir, dengan pembinaan dijangka mengambil masa tiga hingga lima tahun.

Perdana Menteri juga berkata projek itu bukan sahaja membolehkan penduduk utara Sarawak sampai ke Sabah melalui dua pilihan rangkaian jalan raya malah memberi manfaat kepada penduduk di Mulu, Long Seridan, Nanga Medamit, Long Lopeng, Ba’kelalan dan Merarap yang kini bergantung kepada pembalakan. Jalan raya untuk berulang-alik.

 

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button