Nasional

Konflik AS-Iran: Adakah harga tiket kapal terbang akan naik?

TIDAK mustahil harga tiket penerbangan bagi perjalanan ke Mekah dan London naik harga.

Hal demikian ekoran perubahan laluan yang diumumkan Malaysia Airlines (MAS) apabila melarang pesawatnya daripada melalui ruang udara Iran.

Sekiranya terdapat perubahan harga, hal demikian pasti merisaukan umat Islam di negara ini untuk menunaikan ibadah Umrah di Mekah.

Hal demikian kerana, perubahan laluan tersebut didapati boleh menyebabkan jarak perjalanan lebih lama dan penggunaan bahan api lebih banyak sekali gus meningkatkan kos penerbangan.

Selain MAS, beberapa syarikat penerbangan dari negara lain turut mengambil tindakan yang sama bagi menjamin keselamatan penumpang.

Sementara itu, menurut Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau masalah penggunaan ruang udara di sana.

“Pasukan itu ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan dan komunikasi efektif antara syarikat penerbangan dengan Iran dan Iraq,” katanya kepada Al Jazeera hari ini.

IATA dalam masa sama memberi amaran kepada syarikat penerbangan yang masih pergi dan berlepas ke sana mengenai risiko terhadap penumpang.

Dalam pada itu, agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilapor memulakan pemantauan strategik terhadap ruang udara Iran dan Iraq.

Bagaiamanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berhubung perubahan harga tiket.

Terdahulu Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (FAA) Amerika Syarikat (AS) turut melarang pesawat dari negaranya terbang ke Iraq dan Iran.

Konflik AS – Iran memuncak selepas pemerintah tentera tertinggi Iran, Jeneral Qasem Soleimaini terkorban dalam serangan dron.

Kemudian, Iran bertindak membuat serangan balas apabila membedil dua kem ketenteraan AS di Anbar dan Erbil pagi tadi. – AGENSI

(Visited 813 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button