Nasional

Kolaborasi UPSI, Universiti Otago sasar visi pendidikan standard dunia

KUNJUNGAN delegasi Universiti Otago, New Zealand atas inisiatif Khamis lalu membawa lembaran baharu dalam usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengantarabangsakan universiti pendidikan ulung negara itu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kunjungan atas inisiatif Jabatan Strategik menerima kehadiran delegasi yang diketuai Canselor, Stephen Higgs itu sangat membantu usaha dalam merealisasikan visi pendidikan standard dunia kedua-dua universiti.

Md Amin dan Stephen Higgs bertukar dokumen Perjanjian Persetujuan Awal di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

“Kerjasama UPSI dengan Universiti Otago dengan menantangani dokumen Persetujuan Awal ini pasti akan dapat merealisasikan beberapa kerjasama seperti mobiliti pensyarah dan pelajar, pelantikan profesor adjung, pembudayaan STEM (Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi), kesedaran keselamatan siber dalam kalangan remaja Malaysia dan New Zealand, kolaborasi seni silang budaya, serta program ijazah bersama,” katanya.

Md Amin berkata UPSI mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan antaranya kejayaan menduduki Times Higher Education, World University Ranking 2024, yang mengiktiraf UPSI sebagai universiti pada kedudukan 601-800 di dunia, dan kelapan terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia selain berada pada kedudukan QS Asia ke-43 2024 bagi Asia Tenggara.

Deligasi Universiti Otago melawat pameran di Atrium Bangunan Canselori.

UPSI juga, katanya, mencapai kejayaan dengan memperoleh 96.07% dalam Pencapaian Kadar PRU (Graduate Employability) berikutan melahirkan graduan yang sedia memasuki alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Pada masa yang sama, katanya, UPSI akan mengadakan program mobiliti kakitangan dan kemungkinan mengadakan lawatan fakulti antara kedua-dua universiti sekali gus akan meningkatkan bukan sahaja pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka, tetapi juga peluang kerjaya selain berpeluang berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka tentang prospek masa depan, terutamanya dari segi kerjasama penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Stephen Higgs berkata Universiti Otago sangat berminat menjalin kolaborasi dalam bidang Sains Sukan bersama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, psikologi (Fakulti Pembangunan Manusia) dan biodiversiti dan pemuliharaan menerusi Fakulti Sains dan Matematik.

Beliau turut menghargai kerjasama yang diadakan demi manfaat bersama kedua-dua universiti untuk kakitangan dan pelajar.

Pengurusan UPSI bergambar bersama deligasi Universiti Otago.

Delegasi Universiti Otago turut dihadiri Timbalan Naib Canselor ( Hubungan Luar), Professor Tony Ballantyne; Pengarah Antarabangsa, Jason Cushen; Pengarah Pembangunan dan Hubungan Alumni, Shelagh Murray serta Pengurus Perhubungan Alumni, Donnella Aitken Ferguson.

Bagi pihak UPSI, hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin serta Pengarah Jabatan Strategik, Prof Madya Dr Azmi Mohamed.

Delegasi Universiti Otago turut melawat pameran Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Fakulti Sains dan Matematik, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi; Fakulti Seni Kelestarian, dan Industri Kreatif serta menyaksikan persembahan gamelan diadakan di Atrium Bangunan Canselori. -SM

Baca : Kesakti UPSI johan pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button