Nasional

D’Kesakti UPSI johan pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak

BUAT julung-julung kali kumpulan Nasyid D’Kesakti dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai pertandingan nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H / 2023M yang berlangsung di Dewan Serbaguna SUK Ipoh 22 September lalu.

Penyertaan kumpulan dari pelbagai agensi penjawat awam di Perak yg menghantar video nasyid di peringkat saringan melebihi 40 penyertaan, tetapi hanya 11 kumpulan yang terpilih untuk bertanding di peringkat akhir di Dewan Serbaguna SUK Perak.

Penyampaian hadiah oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Neg Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim.

Pengumuman dan penyampaian hadiah bagi para pemenang berlangsung di Casuarina Convention Centre Ipoh pada 28 September 2023 yang menyaksikan kumpulan D’Kesakti diumumkan sebagai johan sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000.00 dan sijil penghargaan.

D’Kesakti (Nasyid KESAKTI), ditubuhkan pada tahun 2021 melibatkan kakitangan UPSI di bawah naungan Pusat Kebudayaan UPSI.

Mereka terdiri daripada Mohd Fadhli Rosli ( Ketua Kumpulan), Muhamad Fakhrullah, Muhammad Hafiz, , Muhammad Khairul Anwar, En.Abdul Mueiz Rosli, En.Ahmad Haffiez, Ts.Salman Firdaus dan Dr.Abdul Halim Masnan yang melibatkan beberapa Jabatan dan Fakulti dari peringkat pegawai pentadbiran sehinggalah staf akademia.

Kumpulan D’Kesakti sedang membuat persembahan.

Menurut Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, kewujudan D’Kesakti yang melibatkan pelbagai staf di universiti ini amat membanggakan.

“Mereka menunjukkan semangat kerjasama yang erat serta minat yang sama berdasarkan matlamat Demi UPSI ” katanya.

Menurut Fadhli (Ketua Kumpulan) D’Kesakti dalam perancangan untuk merakamkan lagu ‘single’ yabg melibatkan alunan kontemporari dan santai melalui acapella.

” Semoga dengan suntikan kemenangan serta iltizam D’Kesakti untuk menyampaikan mesej yang baik terutama kepada anak muda dapat diteruskan untuk mendidik mereka dalam Dunia Hiburan Digital terkini tanahair, ” katanya. -SM

Baca : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman berani mati di Ankara

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button