NasionalNegeri

Raja Muda berkenan rasmi Musolla Syabab Muhibbis Sunnah SRAATI

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan ‘Musolla Syabab Muhibbis Sunnah’ Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI), Perkampungan Tunjung, Beseri, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Guru Besar, Nasitah Ibrahim, tenaga pengajar serta murid-murid sekolah berkenaan.

Baginda berharap semoga musolla baru ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk manfaat murid dan penghayatan Islam khasnya bersesuaian dengan slogan SRAATI itu sendiri iaitu “Melahirkan Pelajar Beradab, Pencinta Ilmu dan al-Quran”.

Raja Muda berdoa supaya musolla yang dibina ini akan digunakan dengan sepenuhnya dan agar penyumbangnya juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahuwata’ala.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah bekerjasama dengan pihak SRAATI untuk menjayakan hasrat warga sekolah bagi memiliki sebuah surau yang sudah lama mereka idam-idamkan tersebut. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button