fbpx
Nasional

Kluster Sivagangga: Lima sekolah di Kedah diarah tutup

PEJABAT Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini. Ianya melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian.

Sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun di negeri itu disahkan positif COVID-19.
Mereka mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di negeri itu.-SM
(Visited 4 times, 1 visits today)


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button