Nasionalpilihan

PM buat tinjauan mengejut pantau situasi harga barang semasa

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan perasaan kesal apabila harga ayam yang masih diberi subsidi oleh kerajaan meningkat naik di pasaran.

Beliau berkata, ini kerana sebelum masuk bulan hadapan, harga ayam sepatutnya masih lagi berada di bawah subsidi kerajaan.

“Mengapa ada yang ambil kesempatan? Ini tidak sepatutnya berlaku.

“Jika sesiapa ada terjumpa harga ayam naik melambung, nyatakan di ruang komen saya di mana lagi lokasi yang anda semua jumpa ayam di jual mahal melebihi harga siling,” katanya.

Semalam beliau melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan tinjauan mengejut semalam berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Bercakap kepada pemberita, beliau melahirkan perasaan kesal apabila pemborong menjual ayam yang diberi susbidi pada harga RM8.90.

“Ayam misalnya, kita masih beri subsidi hari ini sampai 30 Jun. Saya tidak faham kenapa pemborong jual pada harga RM8.90. Sebelum 30 Jun, masih lagi harga yang disubsidi oleh kerajaan, tidak sepatutnya sampai RM8.90 daripada pemborong kepada peruncit.

“Sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau akan melakukan lebih banyak tinjauan sama selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga barang oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai.

Artikel berkaitan > Harga ayam dalam pasaran tidak diapungkan, tunggu harga siling baharu!

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button