Politik

Isham Jalil terus serang Rafizi Ramli

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baharu dilantik selepas tidak lagi menjawat jawatan yang tidak wujud dalam perlembagaan parti Barisan Nasional (BN) Isham Jalil lantang bersuara dan terus menyerang Rafizi Ramli.

Isham dalam hantarannya di Facebook berkata, semalam Rafizi kata untuk selesaikan masalah risiko kekurangan bahan makanan, dia cadang perlu ada stockpile.

Rafizi Ramli

Kata Isham lagi, Rafizi memperlekehkan cadangan UMNO untuk menubuhkan Lembaga Unggas bagi mengurus kekurangan bekalan ayam.

“Namun cadangan Rafizi untuk stockpile makanan ini bukanlah idea baharu dan bukan idea dia pun.

“Kerajaan telah mula import stockpile ayam dari minggu lepas untuk meningkatkan bekalan ayam dalam negara,” ujar Isham.

Katanya lagi, Rafizi tidak ada idea baharu yang original untuk menyelesaikan masalah.

“Tapi hanya pandai kritik, kutuk dan perlekeh serta tiru idea orang lain sahaja.

“Mungkin sebab itu formulanya semua ke laut,” catat Isham.

Seperkara lagi, kata Isham, stockpile makanan mungkin boleh selesaikan masalah kekurangan bekalan makanan atau ayam dalam jangka pendek.

“Tetapi ia tidak boleh diharap untuk selesaikan masalah ini secara mampan dan untuk jangka masa panjang dan ia banyak bergantung kepada import,” katanya.

Isham berkata, “kita perlu selesaikan masalah ini dalam jangka pendek melalui stockpile import.

“Tetapi kita juga perlu solusi jangka panjang yang lebih mampan yang kurang bergantung kepada stockpile yang diimport sebaliknya perlu meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri.”

Tambah beliau, sebab itu kita perlu agensi khas untuk mengkaji, merancang dan melaksana perkara ini untuk suatu penyelesaian yang lebih mampan dan berkekalan.

“Saya dahulu dalam kerajaan dan syarikat kerajaan lebih kurang 20 tahun.

“Apabila sesuatu agensi atau lembaga ditubuh tidak semestinya ada tambahan tenaga kerja yang baru.

“Namun penjawat awam yang sedia ada ditempatkan semula ke agensi baru tersebut tanpa ada tambahan kesan kewangan kepada kerajaan,” katanya.

Isham juga berkata, “saya lihat Rafizi tidak faham hal ini.

“Dia cuma pandai cakap sahaja untuk mendapat perhatian dan untuk retorik politik tetapi fakta dan solusinya ke laut. Ini tidak membantu rakyat.

“Rafizi, kita perlu penyelesaian dasar yang bijak sekarang untuk membantu rakyat, bukan sekadar retorik politik.

“Bila rakyat lapar, mereka tidak boleh makan retorik politik kamu,” kata Isham secara terus terang. – SM

 

 

 

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button