Teater

Pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa ditangguhkan

PENGGIAT teater tanah air rata-rata tidak dapat lari daripada ditimpa masalah untuk merealisasikan sesuatu pementasan termasuk mementaskan semula Bangsawan Merong Mahawangsa.

Setelah produksi dan barisan pelakon termasuk pengarang berbunga-bunga didalam dada memikirkan akan mementaskan lagi Bangsawan Merong Mahawangsa pada minggu hadapan, aleh-aleh pementasan itu terpaksa ditangguhkan.

Sepatutnya pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa dijadualkan pada 6 dan 7 Oktober ini.

Apakan daya, ia terpaksa dibatalkan namun menurut pihak produksi, mereka akan mengumumkan tarikh lain untuk pementasan itu.

Memang tiada yang mustahil kerana banyak produksi teater yang telah melalui apa yang dilalui oleh produksi yang terlibat dalam pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa ini.

Cuma apabila terpaksa ditunda tarikh pementasannya ia agak tidak enak kepada reputasi produksi berkenaan.

Apatah lagi Pengaranya, Nohmad Isa dalam kenyataannya beriya-iya mengatakan pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa akan diadakan pada skala yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Berskala lebih besar pada hemat penulis, Bangsawan Merong Mahawangsa ini nanti dipentaskan di dewan besar yang mampu menampung kapasiti penonton yang lebih ramai.

Sebenarnya, semalam, Nohmad memberitahu, pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa disarankan oleh seorang individu bernama Datuk Zarina yang hadir menonton pementasan tersebut bertempat di Kolej Vokasional Gombak (KVG).

Sayangnya cadangan itu tidak dapat direalisasikan minggu depan dan seolah-olah memberi gula-gula kepada produksi Bangsawan Merong Mahawangsa.

Memetik kata-kata Nohmad dalam kenyataannya semalam dan disiarkan dalam SUARA MERDEKA berbunyi, “Semasa pementasan Merong Mahawangsa di dewan besar KVG, Datuk Zarina dan golongan VIP yang hadir pada ketika itu tertarik lalu mencadangkan agar teater ini dipentaskan semula di pentas yang lebih besar dan di luar KVG.”

Sekadar satu lontaran cadangan tetapi tidak pula disulami dengan bantuan peruntukan untuk melihat pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada individu dan juga VIP yang menontonnya.

Agak menimbulkan satu tandatanya mengapakah pementasan semula bangsawan itu ditunda?

Apakah disebabksan oleh faktor kewangan sedangkan ura-ura mengatakan bahawa produksi Bangsawan Merong Mahawangsa itu diberikan peruntukan sebanyak RM50,000 daripada MOTAC.

Jika kali pertama pementasan Bangsawan Merong Mahawangsa itu merugikan, mungkin dengan RM50,000 yang diperoleh itu adalah bagi menampung kerugian pihak produksi.

Tetapi sekiranya pementasan kali pertama itu tidak rugi, maka ke manakah duit RM50,000 yang diperoleh? Sekadar bertanya kerana kalau ada jawapan daripada pihak produksi atau pengarahnya, lebih cantik!

Dan jika RM50,000 itu boleh digunakan untuk pementasan semula Bangsawan Merong Mahawangsa maka realisasikanlah pementasan semula bangsawan tersebut.

Tidak salah berangan-angan untuk mementaskan Bangsawan Merong Mahawangsa di atas pentas berskala besar tetapi biarlah UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Industri mahu melihat penggiat-penggiat teater di Malaysia terus bergerak aktif dalam membuat pementasan dan persembahan dan janganlah jadi lagha! – SM

Artikle Berkaitan:>

Bangsawan Merong Mahawangsa dipentaskan semula

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button