HiburanTeater

Kami masih kekalkan siapa yang ingin bersama kami” – Siti Salbiah

Dalam tempoh beberapa jam kenyataan dimuat naik Along Eyzendy Aziz menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pementasan teater Muzikal Moyang Salleh.

Pihak Along Eyzendy mengatakan ia dibatalkan namun berdasarkan carian Suara Merdeka di Facebook rasmi teater Muzikal Moyang Salleh, tiada sebarang pengumuman terkini.

Sehubungan itu Suara Merdeka mendapatkan penerbit produksi yang juga merupakan Pengerusi Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari bagi mengetahui status semasa.

“Kami akan meneruskan naskah teater ini mengikut wang yang ada sekarang ini iaitu RM200,000 yang merupakan adalah geran sepadan dari MOTAC,” katanya.

Salbiah berkata demikian mengulas spekulasi kononnya persembahan teater Moyang Salleh yang akan dipersembahkan di Istana budaya dibatalkan.


Ujarnya lagi cadagan tempat dan tarikh persembahan akan ditukar ke di JKKN Negeri Sembilan pada 23 hingga 25 September 2022.

Pihak produksi juga akan membuat sidang media tidak lama lagi bagi menjawan segala persoalan supaya orang ramai di luar dan yang terlibat tidak salah faham.

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button