Teater

‘Kuala Lumpur Kembali Bersinar’ mengenang peristiwa banjir 1971


Selepas pandemic Covid-19 kini pentas teater kembali meriah di industri kreatif, banyak insan seni menyumbangkan tenaga dalam martabatkan seni warisan di Malaysia.

Antara teater yang menarik di lihat di Kuala Lumpur adalah ‘Kuala Lumpur Bersinar Kembali’, di mana teater ini berlatar belakang peristiwa sebenar yang pernah berlaku banjir besar suatu ketika dahulu pada tahun 1971.

Selain itu, teater ini menangkat warisan seni budaya tradisi iaitu batik dan Tarian Tradisional Pahang yang semakin lupa dek di telan zaman.

Rata-rata para penonton sangat terhibur dengan persembahan teater ‘Kuala Lumpur Bersinar Kembali’, semasa pembukaan persembahan disajikan dengan tarian Pahang, nyanyian dari para pelakon serta jenaka yang mencuit hati para penonton.

Tambahan, terdapat unsur kejutan yang membuatkan penonton terpukau, apabila selebar kain di-rentangkan di atas penonton sebagai perlambangan banjir.


Boleh dikatakan ia merupakan sebuah muzikal yang boleh menghiburkan hati, dilihat para penonton juga terikut-ikut emosi setiap babak penceritaan.

Namun menurut produksi Katarsis Seni, Dr Norzuraina pada asalnya, tajuk teater ini asalnya adalah ‘Kuala Lumpur menangis lagi’ namun selepas melakukan beberapa perbincangan ditukar ke tajuk bersesuaian ‘Kuala Lumpur Bersinar Kembali’.

“Memandangkan sekarang musim banjir, jadi kami tidak mahu mengangkat isu banjir, kerana kami ingin menjaga kemakmuran, kami cuma mahu berikan pendidikan kepada rakyat tentang bagaimana untuk menjalani hidup dengan baik dengan cara yang positif,” ujarnya semasa di pementasan teater di Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

Teater berbaki cuma 2 hari sahaja lagi 15 Oktober akan dipentaskan pukul 8 malam manakala 16 Oktober akan dipentaskan pukul 2.30 petang.

Turut dibintangi pelakon veteran Zulkifli Ismail dan Rosli Rahman Adam, pengarah dan penulis skrip adalah Roydy Rokidy.

(Visited 125 times, 2 visits today)

Show More
Back to top button