Nasional

KL wilayah pertama separuh populasi telah divaksin

KUALA LUMPUR menjadi wilayah pertama di Malaysia di mana lebih separuh populasinya telah disuntik dengan vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) seramai 908,820 atau 51.2 peratus penduduk Kuala Lumpur telah menerima dos pertama sementara 170,730 atau 4.1 peratus lagi telah menerima dos kedua.

Rekod JKJAV menunjukkan 15.9 peratus atau 5,204,993 orang rakyat Malaysia telah menerima dos pertama dan 2,021,956 menerima dos kedua sehingga semalam.

Sejumlah 187,877 dos diberikan semalam dengan 132,279 menerima dos pertama dan 55,598 mendapat suntikan kedua.

Sarawak menjadi negeri tertinggi menerima vaksin iaitu 919,990 (32.7% populasi) bagi dos pertama dan 212,978 (7.6%) bagi dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur dan ketiga tertinggi menerima dos adalah Selangor iaitu 826,502 (12.6 peratus) dos pertama dan 268,730 (4.1%) dos kedua.

Keempat tertinggi di Johor iaitu 426,842 (11.8%) bagi dos pertama dan 211,797 (5.6%) dos kedua.

Sabah kelima tertinggi iaitu 369,047 (8.4%) dos pertama dan 167,017 (4.3%) dos kedua.-SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button