Nasional

Kenapa orang itu tidak serik? Masih dengan amalan songsang?

BELUM pasti sama akuan bersumpah terhadap orang politik itu benar. Sekarang ini macam-macam akuan bersumpah dibuat, tetapi banyak yang tidak ke mana pun.

Tetapi dalam kes akuan bersumpah terbaharu membabitkan pemimpin berprofail tinggi laporan polis sudah dibuat,

Apabila ada laporan, polis perlu melakukan siasatan. Tetapi persoalannya kenapa membabitkan pemimpin yang itu-itu juga?

Jika benarlah seperti apa yang ditulis dalam akuan bersumpah tersebut, ia sangat mengecewakan kerana orang yang sama tidak insaf-insaf dan tidak serik-serik.

Akuan bersumpah bertarikh 29 Jun itu merupakan tuduhan liwat yang memperincikan hubungan seksual seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.

Ia turut mendakwa bahawa atas permintaan ahli politik itu, orang yang melakukan akuan bersumpah itu juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

Orang yang sama dalam akuan bersumpah itu sebelum ini juga telah banyak kali dipalitkan dengan aktiviti luar tabie itu.

Sebagai orang politik dia sepatutnya serik untuk mengulangi perkara itu kerana bukan sahaja memberi imej yang tidak baik kepada diri sendiri tetapi juga parti dan negara.

Ketika ketidakstabilan politik turut menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara selain Covid-19, aktiviti ekstra kurikulum oleh orang politik seperti ini hanya merumitkan lagi keadaan.

Selepas beberapa siri laporan yang membabit aktiviti tidak berakhlak seperti ini, orang politik tersebut sepatutnya insaf dan menjaga diri supaya menjauhkan diri daripada ketagihan songsang yang menjejaskan krediliti diri dan partinya.

Ini tidak. Berulang-ulang tuduhan yang sama dilemparkan ke atas dirinya siap dengan akuan bersumpah dan video lagi. Kenapa tidak serik-serik? Itu persoalan yang timbul dibenak semua orang.

Malah polis sendiri sudah rimas untuk menyiasat hal yang membabitkan urusan peribadi yang meloyakan seperti itu.

Tetapi seperti kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kerana ada laporan  polis perlu siasat, walaupun banyak masa dan tenaga perlu dibazirkan kerana aktiviti ekstra kurikulum yang luar biasa orang politik terbabit.

Sebelum ini laporan yang sama dibuat membabitkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selepas disiasat kes itu tidak dapat diteruskan berikutan video yang tular itu beresolusi rendah dan sukar untuk mengenalpasti identiti pelaku.

Semua itu kata Abdul Hamid, membuang banyak masa polis. Tetapi oleh kerana laporan polis dibuat, kertas siasatan perlu dibuka.

Sepatutnya orang politik tersebut yang bercita-cita mengejar jawatan utama menjaga diri supaya tidak dipalitkan dengan isu aktiviti songsang seperti itu.

Pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi kena nampak bersih. – SM

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button