Nasional
Trending

COVID-19: Pertama kali jumlah sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu

BUAT pertama kali jumlah mereka yang sembuh daripada wabak COVID-19 lebih tinggi berbanding jumlah kes baharu dikesan di Malaysia.

Dalam tempoh 24 jam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya merawat dan menyembuhkan 236 orang lagi pesakit COVID-19. Jumlah itu adalah tertinggi dicatatkan untuk pesakit sembuh dalam tempoh sehari.

Sehingga kini petugas KKM berjaya menyembuhkan 1,241 pesakit dan mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan sejumlah 131 lagi kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan keseluruhan mereka yang dijangkiti adah seramai  3,793 orang.

Sebanyak 102 orang dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi dan 54 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hanya satu kematian dilaporkan hari ini dengan keseluruhan kematian di Malaysia akibat virus itu setakat ini adalah 62 orang.-SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button