fbpx
Politik

KJ dikerumuni penyokong kerana stokin merah

SELEPAS mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak, dan menasihatkan UMNO supaya menjauhkan diri daripada bekas perdana menteri itu, Khairy Jamaluddin kini menjadi sasaran kritikan pemimpin politik yang lebih senior
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi antara yang lantang mengkritik Khairy atau dikenali dengan panggilan KJ
Berikutan kenyataan beliau disiarkan di Facebook peribadinya.
KJ: BACALAH KRITIKAN SAYA INI
Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ.
Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.
Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar
Sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit.
Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah.
Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.
Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.
Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan OK, manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.
Perbezaan pendapat OK, tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir – Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Perang Anwar – Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan Menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.
Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.
Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam.
Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.
Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik Menteri oleh Muhyiddin.
Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.
Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.
Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.
KJ ada?
Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on.
Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu.
Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya.
Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.
Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 Bilion.
Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia. Tetapi rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika dia sudah tidak ada apa apa.
Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan Najib setelah dilanyak begitu teruk.
Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak lagi menjadi Menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau
Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.
Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua penggal.
Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan Mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib.
Dulu apabila Najib mula didakw, KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela.
Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia ke Mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.
Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di Mahkamah.
Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “Perjuangan”.
Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.
Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.
Semoga Najib tabah dan Istiqamah. Kepada KJ, “Jangan hanya tahu erti mewarisi kepimpinan. tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan”.
Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Qurban
(Visited 8 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button