JenayahNasional

Bekas presiden merangkap pengarah urusan bank ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bekas Presiden merangkap Pengarah Urusan sebuah bank yang bergelar Datuk kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pinjaman kewangan berjumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat.

Kesemua yang ditahan berusia di antara 49 hingga 53 tahun. Mereka telah ditangkap di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Menurut sumber, keempat-empat yang ditahan telah menerima rasuah yang dianggarkan sebanyak SGD3,168.366.00 iaitu lebih kurang RM8 juta sebagai komisyen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan sebanyak RM400 juta bagi projek yang dipercayai tidak wujud.

Bekas presiden merangkap pengarah urusan bank tersebut dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tersebut tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan (due dilligent) disebabkan rasuah diterima.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Tambahnya, keempat-empat telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahankan reman sebanyak 3 hari bermula 31 Mac hingga 2 April di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.-SM

(Visited 1,390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button