NasionalNegeri

Raja Muda sumbang tabung bantu rakyat Malaysia di Jepun

TAHUN 2022 adalah tahun penting bagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun kerana ia sempena Ulangtahun ke-65 hubungan dua hala dan juga Ulangtahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur.

Semenjak jalinan hubungan kedua negara ini pada tahun 1957 dan pada tahun 2015 maka hubungan ini telah dinaiktaraf daripada Enhanced Partnership kepada Strategic Partnership.

Mengambil kira hubungan Malaysia dan Jepun yang terus berkembang maju, kedua-dua negara dijangka akan menaik taraf kerjasama sedia ada ke peringkat yang lebih komprehensif – iaitu Comprehensive Strategic Partnership (CSP).

Pada masa ini, Malaysia telah berkerjasama dengan Jepun dalam bidang teknologi vaksin COVID-19 antara Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Malaysia (NIID) dan Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun melalui Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA).

Malaysia juga berminat mengadakan latihan teknikal bersama Jepun dengan fokus kepada ujian identiti, potensi dan integriti untuk pembangunan vaksin COVID-19.

Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dipersembahmaklumkan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Nor’Azam Mohd Idrus kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menyambut keberangkatan tiba Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir menyambut ialah Setiausaha Ketiga (Konsular dan Protokol), Mohd Farriq Osman.

Raja Muda selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 untuk Tabung Ibnu Sabil bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di negara matahari terbit tersebut untuk diamanahkan melalui budibicara pihak pejabat kedutaan.

Sumbangan terakhir daripada pihak MAIPs kepada kedutaan itu untuk tujuan yang sama adalah pada 16 November 2017 berjumlah Yen 234,750 juga sempena keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra pada ketika itu.

Tambah Nor’Azam lagi, Jepun diiktiraf sebagai peneraju utama dunia dalam inovasi digital dan hab keusahawanan.

“Malaysia berminat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ini dengan Jepun”, tambahnya.

Katanya, Jepun juga sangat agresif dalam meneroka pelaburan berasaskan teknologi hijau untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon di udara.

Mengikut pemerhatian katanya, Malaysia adalah merupakan rakan strategi yang berpotensi berdasarkan kepada kelebihan dan kekuatan negara kita, dan ini disokong oleh beberapa perjanjian di antara pelabur Jepun dan syarikat serta organisasi di Malaysia.

Sebagai rekod, statistik pelaburan yang diluluskan dan dilaksanakan, pelaburan FDI daripada Jepun adalah amat penting untuk negara Malaysia terutamanya bagi sektor elektronik & elektrik; bahan kimia & produk kimia; produk galian bukan logam; peralatan pengangkutan; dan produk petroleum (termasuk Petrokimia).  – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button