Nasional

8 ditahan kes perkosa, lacur anak sendiri

SEBANYAK lapan individu telah ditahan berkaitan kes seorang kanak-kanak bawah umur yang diperkosa dan dilacurkan oleh bapa kandungnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, mereka yang ditahan ialah seorang lelaki tempatan dan tujuh lelaki warganegara asing.

“Kesemua mereka ditahan secara berperingkat selepas kes dilaporkan.

BACA> Palsukan laporan perubatan, dua ditahan SPRM

“Setakat ini, kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan reman baru pada esok.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Vekram S.Sinnayah di talian 019-4737108 atau 03-89114222.

Sebelum ini, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai memaksa anak kandungnya berusia 13 tahun melayan nafsu lebih 20 lelaki di rumahnya.

BACA> Kecederaan sendiri, bukan sebab dirompak

Dia dipercayai melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa bermula pada pertengahan tahun 2019 sehingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini berkata, polis menjalankan siasatan itu selepas menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa anak saudaranya dirogol serta dilacurkan oleh suspek sejak mangsa berusia 10 tahun. -SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button