NasionalUncategorized

Sumbangan sarapan pagi ke sekolah perlu diperluas

PEKA dengan kepentingan sarapan buat murid-murid bersekolah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar berhasrat mahu meluaskan sumbangan sarapan pagi ke seluruh kawasan parlimennya.

Menurut beliau yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri, buat masa ini dia fokus untuk memberi sumbangan sarapan kepada murid-murid di sekolah rendah dahulu.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan B40 di Bandar Tun Razak dan pada masa akan datang, kita akan lebarkan sumbangan ini kepada pelajar di sekolah menengah.

“Malah, kita juga bercadang untuk memberikan juadah makanan tengah hari kepada mereka untuk memastikan mereka mendapat diet pemakanan yang baik,” katanya.

Terdahulu, Kamarudin menyumbangkan 200 bungkus nasi lemak berserta minuman kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Tun Razak, pagi tadi.

Program itu menurutnya bertujuan untuk mengurangkan sedikit beban dalam perbelanjaan ibu bapa ketika menyediakan sarapan pagi dan tengah hari untuk anak-anak. -SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button