GajetUlasan

Kingston Canvas Go! tidak mengecewakan

PENYIMPANAN digital atau istilah yang selalu digunakan pakai ialah storan kini semakin hari semakin kecil. Penyimpanan Mikro SD selalunya digunakan untuk menambah had simpanan pada peranti-peranti pintar atau pada peranti permainan.

Selari dengan teknologi yang sentiada berkembang, teknologi simpanan atau storan digital juga setiap tahun berkembang dengan jenama-jenama pembekal storan ini akan tampil dengan tawaran baharu.

Kingston jenama pendahulu dalam teknologi penstoran digital telah memperkenalkan beberapa siri kad MicroSD baru. Antaranya Kingston Canvas Go! Plus.

Storan Kingston Canvas Go! Plus ini hadir dengan beberapa pilihan storan, daripada 64GB, 128GB, 256GB yang boleh didapati di kedai-kedai kamera dan komputer tempatan sekarang.

Pihak Kingston telah menghantar model Canvas Go! Plus dengan saiz storan 512GB kepada kami, dimana ia tiba dengan penyesuai SD dan juga sebuah bekas untuk menyimpan kad SD tersebut.

 

penyesuai ini, walaupun anda membeli kad MicroSD Canvas Go! Plus ini, anda boleh menggunakannya untuk storan gambar dan video pada peranti kamera dan kamera video.

Dengan storan ini, kami mengujinya dengan beberapa cara: Rakaman video menggunakan kamera, storan peranti pintar dan juga storan untuk konsol permainan Nintendo Switch.

Dengan storan yang kosong, Canvas Go! Plus mampu menyimpan rakaman video pada resolusi 4K dengan kadar segar semula 30FPS selama 17 jam berturut-turut.

Storan Canvas Go! Plus ini tidak mempunyai sebarang isu untuk merakam video-video kami. Malah, masalah tiba melalui kamera yang sering menjadi terlalu panas sewaktu rakaman dan perlu ditutup sementara untuk disejukkan.

Untuk memindahkan data daripada kad ini ke komputer, kebanyakan komputer riba sekarang mempunyai pembaca kad SD ataupun MicroSD terbina, tetapi jika diperlukan, anda juga boleh membeli pembaca kad MicroSD Kingston MobileLite Plus yang menyokong kadar penghantaran data USB 3.2.

kadar penghantaran data storan Canvas Go! ini boleh meningkat sepantas 170MB/s, iaitu sepadan dengan apa yang dikatakan oleh Kingston untuk kad MicroSD ini.

Peranti Mudah Alih

Kad MicroSD Kingston Canvas Go! ini juga boleh digunakan untuk menambahkan storan peranti pintar yang mungkin tidak mempunyai jumlah storan yang begitu banyak.

Dalam peranti pintar yang tidak mempunyai jumlah storan yang banyak. Untuk ini, kami memindahkan gambar dan video dari storan dalaman ke storan Canvas Go! Plus.

Pengguna peranti Android mempunyai pilihan untuk menggunakan storan SD untuk menyimpan gambar dan video. Bergantung kepada peranti, anda juga boleh menyimpan fail-fail aplikasi APK yang mempunyai saiz yang sangat besar, seperti permainan mudah-alih.

Bagi mereka yang membeli peranti dengan storan sedikit, kami mengesyorkan anda mendapatkan kad MicroSD Canvas Go! dengan pilihan storan sekurang-kurangnya 128GB untuk peranti tersebut.

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button