GajetTeknologiUlasan

Google mengesahkan kitaran kemas kini baharu setiap 4 minggu untuk Chrome OS

Pada bulan Mac tahun ini, Google mengumumkan bahawa pelayar web Chrome akan beralih ke kemaskini baharu setiap 4 minggu sekali, dimana ia dipercepatkan berbanding 6 minggu sebelum ini. Dengan langkah ini, beberapa ciri-ciri baharu dapat diperkenalkan dengan lebih pantas, selari dengan perkembangan teknologi web yang baharu.

Terbaharu, selain pelayar web Chrome, Google turut mengumumkan sistem operasi berasaskan pelayar web mereka, Chrome OS turut akan mula menggunakan latar pembangunan setiap empat minggu sekali bermula suku keempat 2021 ini.

Sistem operasi baharu Chrome OS 94 dijadualkan dilancarkan pada 14 Oktober 2021 dan pelancaran Chrome OS 96 versi desktop akan menyusul pula enam minggu kemudian pada 30 November. Seperti Chrome, Google akan menambahkan fungsi tambahan ke Chrome OS untuk pengguna yang menggunkan platform tersebut untuk tujuan pendidikan dan perniagaan.

Ini bermakna, anda akan dapat melihat kemaskini baharu pada Chromebook anda setiap empat minggu sekali, atau setiap sebulan. Bagi anda yang menggunakan Chromebook untuk tujuan pekerjaan dan pendidikan, jangan pula terkejut apabila menerima kemaskini baharu setiap bulan sekali selepas ini. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button