Nasionalpilihan

Khairy Jamaluddin benarkan rakaman dibuat ketika ambil vaksin Covid-19

INDIVIDU yang akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan merakam video untuk mengelak rasa keraguan melibatkan isu suntikan kosong.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, dia memandang serius isu suntikan kosong tetapi kecuaian manusia boleh berlaku di mana-mana sahaja.

“Jururawat sentiasa diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menunjukkan picagari kepada individu yang akan menerima vaksin.

“Selepas ini, rakamlah video dan lihatlah picagari semasa menerima vaksin, jangan pandang ke arah lain,” katanya.

Menurut Khairy, dia berharap isu tersebut segera selesai kerana tidak mahu menganggu kesungguhan petugas barisan hadapan melakukan tugas mereka.

Malah, beliau turut memoho maaf jika berlaku kecuaian dan akan melakukan yang terbaik selepas ini.

Mengulas mengenai isu suntikan vaksin kosong, Khairy berkata hanya terdapat satu kes daripada 13 laporan polis itu yang berlaku disebabkan kecuaian.

“Satu sahaja kes yang berlaku dan jururawat tersebut juga mengakui cuai kerana keletihan.

“Amaran telah pun diberi kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana dia bertugas di kem tentera dan jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, ada dua kes lagi yang berlaku di Banting dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang mana telah diberikan dos tambahan disebabkan ketidakpastian daripada petugas kesihatan sama ada berlaku kecuaian atau tidak,” katanya. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button