Nasional

Kes ugut, polis siasat penglibatan kongsi gelap

POLIS sedang menyiasat sama ada pertelingkahan dua individu yang membawa kepada kes ugutan sama ada terlibat dengan kumpulan kongsi gelap atau tidak.

Siasatan itu dilakukan susulan tularnya satu mesej whatsapp yang mendakwa penglibatan suspek dalam kegiatan kongsi gelap dan mendapat kerjasama daripada sekumpulan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes ugutan daripada seorang wanita kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.

“Pengadu memberitahu suaminya telah diugut oleh seorang lelaki (suspek) yang dikenali di tempat letak kenderaan awam berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Pertelingkahan yang membawa kepada ugutan itu kemudian telah dirakam dan tular di media sosial,” katanya.

 

BACA> Apple kini bernilai AS$2 trillion, Covid-19 lonjakkan perniagaan

 

Menurut Nik Ezanee, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham di antara dua individu iaitu suspek yang merupakan pengerusi baharu persatuan pengurusan kuil dengan pengerusi lama mengenai perebutan kuasa dalam pengurusan di sebuah kuil di kawasan Sea Park, Petaling Jaya.

Jelasnya, suspek yang berusia 41 tahun kemudian telah ditahan kira-kira pukul 3.15 pagi dan turut merampas dua pucuk senjata api di pejabat suspek di Balakong, Cheras pada hari sama.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai lesen senjata api yang sah dan dikeluarkan oleh IPD Kajang.

“Suspek telah ditahan reman selama sehari dan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” jelasnya.

Namun menurut Nik Ezanee, dua pucuk pistol yang dirampas masih berada di dalam simpanan pihaknya.

 

BACA> Pembangkang tidak puas hati menteri tidak kuarantin

 

Ujarnya, pihaknya kini masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua pihak bertelagah bagi meneliti pembabitan dan pengaruh kongsi gelap ‘geng 21’, ‘geng 08’ serta ‘geng 04’ di dalam pertelingkahan ini.

“Sebelum ini juga tular Whatsapp yang mengatakan suspek terlibat dengan geng 04 dan mengawal semua projek pembinaan/kelab malam/pusat urut dengan meminta wang perlindungan.

“Suspek juga didakwa mendapat sokongan dan kerjasama daripada polis IPD Petaling Jaya supaya tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadapnya.

“Saya menyeru mana-mana individu yang menyebarkan mesej tersebut untuk tampil bertemu dengan saya bagi menyalurkan maklumat mengenai dakwaan berlakunya penglibatan pihak polis,” katanya.

Tambahnya, dakwaan tersebut sesuati yang serius dan siasatan akan dijalankan dengan telus termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat. -SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button