Politik

Pembangkang tidak puas hati menteri tidak kuarantin

AHLI Parlimen pembangkang masih tidak berpuas hati Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak dikenakan sebarang tindakan kerana melanggar arahan untuk dikuarantin selepas pulang dari luar negara

Melalui akaun Twiter masing-masing, mereka menyindir Ahli Parlimen Kuala Nerus yang terlepas daripada sebarang hukuman.

“Yang lain dipenjara atau didenda kerana melanggar perintah kuarantin. Di Kedah lelaki berusia 57 tahun ada dipenjara 5 bulan dan didenda RM12,000. Di Ipoh wanita berusia 72 tahun dipenjara RM8,000. YBM Khairuddin?” tanya Ahli Parlimen (PKR) Petaling Jaya, Maria China Abdullah

“Tak perlu akui, ujian Covid-19 itu wajib YB Menteri. Tapi kenapa YB tak duduk rumah dan kuarantin 14 hari seperti warga marhaen lain. Bagaimana dengan keluarga YB? Ada tak ikut mai KL masa Parlimn? Dapat kelulusan pi overseas pada masa tu. Ramai yang terkandas tapi Menteri ke sana ke sini,” kata Ahli Parlimen (DAP) Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

“Selapas ni geng pakai gelang pink bolehlah guna alasan ni bila balik dari luar negara dan tidak kuarantinkan diri. “Menteri boleh, kenapa saya tak boleh? Saya negatif!” Kepimpinan melalui teladan! Alhamdulillah,” kata Ahli Parlimen (Bebas) Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Isunya: kuarantin. Jika semua yg pulang dari luar negeri kuarantin 14 hari, kenapa Menteri tak patuh arahan @KKMPutrajaya, @DGHisham utk kuarantin 14 hari? Kenapa tiada “pink wristband” mcm yg lain? 2 set undang2? Menteri lain, marhaen lain?” kata Ahli Parlimen (PKR) Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Mohd Khairuddin sebelum ini mengakui melakukan lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai.

Menurutnya, dia telah melakukan ujian Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai.

Ahli Parlimen Kuala Nerus mengesahkan akan akur dengan panduan dan peraturan serta arahan ditetapkan KKM.-SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button