Luar Negara

Kes Covid-19 di Arab Saudi melepasi angka 500

ARAB Saudi mencatatkan 119 kes baharu Covid-19 menjadi jumlah keseluruhan 511, menjadikan ia yang tertinggi di negara rantau teluk.

Jumlah kes di enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ialah 1,700 kes.

Bahrain mencatatkan kematian kedua pada Ahad iaitu rakyatnya yang dibawa pulang dari Iran menjadi angka kematian keseluruhan di GCC empat orang.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberitahu, 72 ke baharu adalah warga negara Turki yang kini dikuarantin di kota suci Mekah ekoran ada kaitan dengan rakan mereka yang telah dijangkiti.

  • Sumber dari Al Jazeera

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button