Luar Negara

Eropah jadi pusat wabak Covid-19, kematian di Itali meningkat

WABAK Covid-19 terus menular di Eropah dengan jumlah kematian terus meningkat, dan Itali mengumumkan 651 kematian semalam, menjadi jumlah korban di negara itu meningkat kepada 5,476 orang.

Itu merupakan peningkatan sebanyak 13.5 peratus tetapi lebih rendah berbanding jumlah kematian pada Sabtu iaitu 793 orang.

Jumlah kes positif Covid-19 di Itali meningkat kepada 59,138 daripada 53,578 sebelumnya, peningkatan 10.4 peratus.

Ia disifatkan sebagai peningkatan paling rendah, sejak wabak itu mula merebak pada 21 Februari lalu.

Daripada jumlah yang terkena jangkitan di seluruh negara, 7,024 sudh pulih sepenuhnya pada Ahad berbanding 6,072 pada Sabtu dengan 3,009 orang berada di unit rawatan rapi.

Wilayah yang paling teruk terjejas akibat wabak ini iaitu Lombardy masih berada dalam keadaan kritikal dengan 3,456 kematian dan 27,206 kes sehingga Sabtu. – Al Jazeera

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button