Nasional

Kes Covid-19 baharu turun ke 933 kes, jangan terlalu gembira

SELEPAS sekian lama kes Covid-19 mencatatkan jumlah empat angka, akhirnya kes yang dicatatkan hari ini berjaya turun ke 933 kes sahaja.

Tetapi janganlah kita terlalu gembira kerana ini bukan kali pertama kes Covid-19 turun ke tiga angka sejak Oktober tahun lalu.

Pada 2 dan 9 Disember tahun lalu, negara pernah mencatatkan penurunan kes baharu ke tiga angka dengan jumlah sebanyak 851 dan 959 kes.

Namun, hanya pada dua tarikh tersebut yang angka baharu kes Covid-19 turun sebelum berlegar di angka seribu dan meningkat.

Peningkatan kes paling tinggi dicatatkan ialah pada 29 Januari lalu dengan jumlah kes harian Covid-19 sebanyak 5,725.

Jadi, janganlah kita terlalu gembira kerana angka Covid-19 sudah menurun sebaliknya perlu mengekalkan disiplin untuk terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka Covid-19 paling tinggi dicatatkan ialah di Selangor (219 kes) diikuti Sarawak (192) Johor (171) dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 57 kes, Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18) dan Kedah (13).

“Negeri lain ialah Melaka (8 kes), Perak dan Pahang (5), Terengganu (4) serta Putrajaya dan Labuan (1),” katanya.

Tambahnya, Perlis pula kekal tidak mencatatkan kes baharu Covid-19 hari ini. -SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button