Hiburan

Zizie Izette: Dulu bertudung, sekarang bertopi jadi tarikan netizen

ISTERI kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar, Zizie Izzete nampak gayanya telah mencuri perhatian netezen dengan penampilan beliau yang tersendiri.

Ibu kepada lima orang anak ini yang diketahui ramai, memakai tudung tetapi kali ini, beliau tampil berani tanpa bertudung.

Sebaliknya Zizie mengenakan topi berwarna hitam yang menampakkan rambut hadapannya yang panjang beralun.

Menerusi Instagram (IG) jurusolek Datin Saidatulnisa Aminuddin, kakak kepada Ratu Rock Negara, Ella, beliau berkongsi gambar terkini Zizie selepas mendapat sentuhannya.

“Sentiasa menakjubkan Datin Seri Zizie Izette. Terima kasih. Persalinan daripada Rizman Ruzaini,” tulis Saidatulnisa atau pernah mesra dengan panggilan Kak Sai.

Rata-rata ada dalam kalangan netizen yang memuji gaya baharu bekas timbalan ketua menteri Sabah itu dan ada juga yang mengecam penampilan terkini Zizie. – SM

(Visited 757 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button