Uncategorized

Kalander Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac namun dilewatkan seminggu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan selama seminggu pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalender Akademik Sesi 2023/2024 yang sepatutnya bermula 12 dan 13 Mac 2023.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata, ini bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Justeru, sesi persekolahan di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024.

“Manakala bagi negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan) akan bermula pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024.

“Sesi persekolahan bagi Kalander Akademik Sesi 2023/2024 dikekalkan pada bulan Mac 2023 bagi memastikan KPM mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan jumlah hari persekolahan dalam kalender akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya.

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button