Nasional

Kes aktif Covid-19 melebihi angka 6,000

BUAT pertama kali kes aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia melebih 6,000 kes.

Sebanyak 629 kes baharu dikesan sehingga pukul 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhan kes aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 6,323.

Daripada jumlah itu 99 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 31 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor HIsham Abdullah, sebanyak 627 kes baharu melibatkan jangkitan tempatan dan 2 kes lagi kes import.

Sabah terus mencatatkan pertambahan kes baharu paling tinggi sebanyak 489 kes, diikuti Selangor (50), Pulau Pinang (33), Labuan (19) dan Kuala Lumpur (10).

Turut mencatatkan kes baharu Perak (9), Kedah (7), Johor (5), Melaka (3), Putrajaya (2), Negeri Sembilan (1) dan Johor (1).

Enam kematian direkodkan menjadikan jumlah mereka yang maut akibat Covid-19 adalah seramai 176 orang.-SM

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button