Nasionalpilihan

Sultan Nazrin perkenan pembubaran DUN, Perak akan jalani PRU-15!

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan selepas DUN Pahang dan DUN Perlis hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Berita itu menyusul selepas pembubaran DUN Pahang sepertimana diumum Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan DUN Perlis oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada Jumaat.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak pertama kali menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Rabu bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pembubaran ketiga-tiga DUN adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button