Parlimen

Kerajaan pertimbang darurat di PRK DUN Bugaya, Parlimen Gerik

KERAJAAN akan mempertimbangkan pelaksanaan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dan PRK Parlimen Gerik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan itu akan dibuat sepertimana perisytiharan darurat di PRK DUN Batu Sapi berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Sesungguhnya kerjaaan hari ini telah sedaya upaya membendung Covid-19 di negara ini. Atas sebab itulah berpandukan kepada Perkara 150 Jemaah Menteri memutuskan untuk mengarahkan Perdana Menteri menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan sebahagian daripada Persekutuan iaitu Parlimen Batu Sapi supaya diisytiharkan darurat

“Tindakan yang sama juga akan dipertimbangkan dan dilaksanakan untuk bagi DUN Bugaya dan Gerik sekiranya berdasarkan penialan risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara ianya berlandasakan sebegaimana di Batu Sapi,” kata Takiyuddin dalam sisi Waktu Pertanyaan Menteri-Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian (BN) Datuk Seri Ahmad Maslan yang bertanya, sama ada Kerajaan bercadang untuk menasihati Yang Dipertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik seperti di PRK Parlimen Batu Sapi.


Pada 18 November lalu Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Menurut Takiyuddin antara masalah di Parlimen Batu Sapi adalah berkaitan kemungkinan besar pematuhan garis panduan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh MKN d tidak dapat dipatuhi sepenuhnya.

Selain itu Suruhanjaya Pilihan Raya juga menghadapi masalah untuk menyediakan petugas kerana sehingga 6 November hanya 143 daripada 837 orang petugas pilihan raya yang sanggup bertugas.

“Begitu juga Kementerian Kesihatan memaklumkan kekangan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan kesihatan untuk mengendalikan pengundi-pengundi di Batu Sapi yang berjumlah lebih daripada 32,000.

“Atas dasar itu kerajaan berpendapat pengisyitharan darurat adalah sangat tepat dan langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong adalah amat bertepatan dengan Pelembangaan dan ianya bukan sekali-kali satu tindakan yang bercanggah dengan amalam demokrasi,” kata Takiyuddin.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lalu.

Kerusi Parlimen Gerik pula kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman pada 16 November.

PRK DUN Bugaya perlu dilaksanakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah pada 17 November lalu.-SM

 

 

 

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button