Parlimen

Ahli Parlimen Arau “sakit mental” – Teresa Kok

Sidang Dewan Rakyat sentiasa kecoh, hingar!

SPEAKER tarik balik ‘Sakit Mental ‘ bawah 36 (6), pinta Ahli Parlimen Arau pada sidang Dewan Rakyat yang baharu berakhir sebentar tadi.

Perkataan ‘Sakit Mental’ itu ditujukan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika perbahasan Ahli Parlimen Seputeh itu mendapat gangguan kerana mahu mencelah sedangkan masa amat suntuk untuk diberikan laluan mencelah oleh Ahli Parlimen berkenaan.

Permintaan tarik balik ‘Sakit Mental’ itu bagaimanapun tidak dihiraukan oleh Speaker. Maka kedengarakanlah kata-kata berbunyi, “mulut macam mulut, Ya Allah Ya Tuhanku,” kata Ahli Parlimen Arau.

Keributan berlaku dalam Dewan Rakyat sejurus sebelum sidang ditamatkan dan bersambung pada Isnin depan apabila Ahli Parlimen Seputeh membahaskan isu tentang pemberhentian kerja seorang pegawai yang sepatutnya tamat perkhidmatan pada tahun hadapan.

Isu itu turut dibangkitkan selain daripada isu peruntukan kurang RM7 juta untuk kelapa sakit yang diperjuangkan oleh Teresa di dalam perbahasan Belanjawan 2021 hari ini di Parlimen.

Dalam kekecohan, kedengaran seorang Ahli Parlimen yang berkata, “Suruh Arau Makan Ubat, dia lupa makan ubat pagi ini,” katanya.

Jawapan daripada Ahli Parlimen Arau, “Ini braai, barai.”

Seapker turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu yang akan meraikannya pada 14 November nanti.

Pesan Speaker, “Patuhi SOP,” tanpa menghiraukan permintaan Ahli Parlimen Arau agar Ahli Parlimen Seputeh menarik balik kata-kata ‘Sakit Mental’ pada sesi Dewan Rakyat.

Kata Ahli Parlimen Arau, “Seputeh, Monday saya kasi you muruku ya.. Muruku. 14 November, Sabtu, Deepavali.” – SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button