NasionalParlimen

Tubuh Jawatankuasa Agrotek dipimpin anak muda elak diskriminasi-Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan wujudnya diskriminasi bagi nelayan yang ingin mendapatkan lesen bot jika dilihat cenderung kepada pembangkang.

Beliau mendakwa, ramai nelayan di Muar merintih dan kongsi pengalaman jikalau mereka dekat dengan pembangkang sukar untuk mendapatkan lessen.

“Dan ini berkali-kali berlaku, tidak kira berapa kali tukar kerajaan, dekat sahaja, terus kena cantas,” katanya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/tektik-ubahsuai-tempat-ikan-isi-air-tawar-jual-di-laut-dibongkar/

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Oleh itu, Syed Saddiq menggesa proses permohonan untuk mendapatkan lesen dibuat dengan baik dan telus tanpa mengira kecenderungan politik pemohon.

“Saya berharap akan ada sistem yang terbuka dan telus, mereka ada bot tetapi tidak dapat lesen….terpaksa operasi secara haram,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Agrotek yang dipimpin petani moden terdiri daripada golongan muda.

GAMBAR HIASAN – Nelayan asing di perairan negara.

Menurut beliau, ini kerana sektor agrotek tidak boleh hanya menggunakan cara lama khususnya bagi memastikan pengeluaran lebih baik dengan kos lebih rendah.

“Cadangan adalah untuk pihak kementerian menubuhkan satu Jawatankuasa Agrotek yang kalau boleh dipimpin oleh ramai petani moden daripada golongan anak muda.

“Kita tidak boleh hanya menggunakan cara lama khususnya dalam agrotek. Kita dapat memastikan bahawa pengeluaran itu lebih baik dengan kos lebih rendah,” katanya. – SM

Artikel berkaitan :>

Syed Saddiq akan umumkan minggu depan sama ada akan pertahan Muar

Pasukan peguam Syed Saddiq mohon maaf ulas kes secara terbuka

[VIDEO] Syed Saddiq dikepung samseng

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button