Ekonomi

Kerajaan pastikan harga minyak masak tidak bersubsidi stabil

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan meneruskan usaha untuk memastikan harga minyak masak tidak bersubsidi dapat distabilkan di pasaran.

khairuddin

Beliau berkata, satu perbincangan dengan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan beberapa pemain industri sawit  diadakan pagi ini.

“Fokus utama perbincangan selepas mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bersama Kabinet itu menumpukan kepada syor dan cadangan yang konkrit dapat disepakati untuk memastikan rakyat dapat menikmati harga minyak masak yang berpatutan selain memperoleh situasi menang-menang antara pemain industri, peruncit dan pengguna,” katanya dalam kenyataan media  petang ini.

Mereka yang hadir ialah Pengurusan Kanan KPPK  terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ravi Muthaya; Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Mad Zaidi Mohd Karli; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),  Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPOA, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab; Pengarah Urusan Kumpulan IOI, Datuk Lee Yeow Chor; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Mohamad Helmy Othman Basha dan wakil CEO FGV Holding Berhad, Azman Ahmad.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button