Ekonomi

Spritzer bawa kemeriahan musim cuti ke Taiping

Tahun 2020 hanya beberapa hari lagi dan pengeluar air mineral paling laris Spritzer Malaysia, menganjurkan sambutan musim cuti dengan Perayaan Tahunan Spritzer 2020 yang akan diadakan di Spritzer EcoPark di Taiping, Perak dari 19 – 27 Disember 2020.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, orang ramai boleh menyambut dan meraikan musim percutian di Spritzer EcoPark, sebuah taman lanskap hijau dan mesra alam sekitar.

“Taman lanskap ini turut menempatkan kilang pembotolan Spritzer berhampiran hutan tropika 200 juta tahun yang masih dikekalkan dalam keadaan semula jadinya,” kata Spritzer.

Berikutan peraturan semasa disebabkan pandemik, Spritzer menyediakan sebilangan aktiviti untuk kanak-kanak dan keluarga di tapak sambutan, yang mematuhi prosedur standard operasi (“SOP”) penjarakan sosial.

Antara aktiviti yang disediakan ialah permainan golf mini dan menangi edisi terhad air mineral Spritzer di dalam botol golf.

Selain itu, terdapat juga banyak lokasi untuk Instagrammable di sekitar EcoPark di mana keluarga boleh bergambar untuk disiarkan di dalam Instagram dan merakam kenangan manis.

Spritzer turut menyediakan juadah manisan kerana musim percutian yang tidak akan lengkap tanpa bertih jagung (popcorn) dan alusmitai (cotton candy).

Bagi mereka yang mahu membeli hadiah sempena Krismas, urusan penghantaran boleh dilakukan dengan kakitangan Spritzer.

“Kami maklum bahawa ramai akan ternanti-nanti untuk acara Kraf DIY sepanjang hari di mana mereka boleh menguji kemahiran kreatif mereka membuat perhiasan bertema Krismas daripada bahan-bahan kitar semula, suatu pengalaman di mana ahli keluarga boleh sama-sama menikmati keseronokan,” kata Spritzer lagi.

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button