NegeriSukan

PPKL juara pertandingan golf rebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra

Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan golf merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra pada majlis santapan dan penyampaian hadiah pertandingan di Restoran Cik Yam di Kangar Jaya, Kangar.

Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) dengan kiraan 146 mata mengalahkan Pasukan Pilihan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis dengan 152 mata sempena ‘Program Balik Kampung Anak Perlis Di Perantauan Sempena Aidifitri 2024’ dalam perlawanan golf merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra di Lapangan Golf KGP Perlis di Sungai Batu Pahat.

Airil Rizman Zahari muncul juara perseorangan dengan 40 mata, Rohamizan Abd Rahim di tempat kedua dengan 39 mata dan Azhar Ismail tempat ketiga dengan 39 mata.

Kapten Pasukan PPKL, Hairizar Hakimi menerima hadiah Johan Berpasukan berupa Piala Pusingan daripada anakanda Raja Muda Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Selain Airil Rizman, PPKL turut membariskan bekas pemain Pro dan Kebangsaan iaitu Rahizam Ramli pada edisi kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bersama dengan anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra yang diraikan dengan kek Ulangtahun Ke-15 sempena majlis santapan dan penyampaian hadiah pertandingan di Restoran Cik Yam di Kangar Jaya, Kangar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga berkenan berangkat menghadiri majlis santapan dan penyampaian hadiah pertandingan di Restoran Cik Yam, Kangar Jaya.

Dalam ucapan oleh Ir Bakri Ishak yang mewakili Yang DiPertua PPKL, memaklumkan bahawa sememangnya, sukan golf telah mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan para pemain golf di kalangan anak Perlis byang balik beraya di kampung halaman.

Beliau berkata, penyertaan pada kali ini telah dapat menarik ramai anak-anak Perlis khususnya ahli PPKL mengambil bahagian.

Katanya, semangat dan komitmen ini amatlah penting dan pihak PPKL sangat menghargainya demi kesinambungan pertandingan yang telah diadakan sejak sekian lama.

Pada kesempatan ini, juga beliau menyembah maklum kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bahawa bersempena dengan cuti raya balik kampung ini, PPKL juga telah menganjurkan perlawanan Woodball di antara PPKL bersama Team UniMAP di Lapangan Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP.

Begitu juga perlawanan bola sepak persahabatan melawan pasukan Pilihan Veteran Perlis juga di UniMAP.

Raja Muda Perlis juga berkenaan menyokong setiap penganjuran program-program PPKL setiap tahun.

Dalam hal ini, PPKL akan terus aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi menaikkan lagi citra persatuan dan juga khidmat bakti kepada masyarakat termasuk di negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan bergambar kenangan bersama peserta pertandingan golf merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra selepas majlis santapan dan penyampaian hadiah pertandingan di Restoran Cik Yam, Kangar Jaya.

Menurut beliau, pada bulan Ramadan baru-baru ini, PPKL telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Kelab Golf Polis, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sekali lagi lagi katanya PPKL akan berhimpun untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 April ini di Dewan De Orchid, Gombak Setia, Kuala Lumpur.

Selain itu, katanya, PPKL akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Jun depan di mana akan ada pengundian dan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu.- SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button