Sukan

Bisa Pogba, bantu Man United tewaskan Fulham

WALAUPUN dikaitkan akan berpindah ke kelab Itali, Paul Pogba membuktikan bahawa dia tetap berbisa apabila golnya membantu Manchester United berada di tangga teratas liga menewaskan Fulham 2-1.

Bagaimanapun anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu terlebih dahulu dikejutkan oleh tuan rumah melalui jaringan Ademola Lookman.

United bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan melalui Edinson Cavani.

Pogba yang dikatakan akan meninggalkan United kembali membarisi kesebelasan utama dan membalas kepercayaan itu dengan meletakkan United di depan melalui sepakan lencong di babak kedua.

Ini menjadikan saingan di puncak Liga Perdana semakin sengit,  dengan hanya lapan mata memisahkan United daripada West Ham yang berada di tangga ketujuh.


Sebelum itu Manchester City mendahului liga buat sementara apabila mereka menewaskan 2-0 dan memintas Leicester sebelum United berlawan menentang Fulham.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button